Tuesday, January 25, 2011

...CINTA, nikmat yang sering manusia dustakan....

bismillahirrahmanirrahim...
tiada kata seindah kalam-MU ya ALLAH, sweet 19 telah melabuhkn tirainya,meniggalkn bermcm kenangan pahit dan manis..now WELCOME 2 CLUB 20...fuhhh..dah tua rasanya!!
 bak kata slah seorang sahabat, dah boleh kahwin dah.....masyaALLAH kalo bab ni no komen.. masak nasik pon ad yang hangit,ada yg lembik.. bukan nak bicara pasal makanan tp nak katanya kalo fardhulMuslim x mantop lagi,camne nak bina Baitul Muslim. namun hakikatnya begitulah yg terjadi pd anak2 muda zaman ni.. Qunut pon x pandai baca ada hati nak kahwin...lebih baik belanjakan duit untuk kursus kahwin 2 ntuk p kursus SOLAT. p kursus gak namanya...
2,3 hari ni agak tertekan, bermcm2 dugaan dr ALLAH untuk menguji kekuatan CINTA hamba padaNYA.. dari masalah akademik hingga masalah peribadi sahabat2...sedih,terkelu,serba salah, semua bercampur baur.. Hati terasa mahu mencegah namun apakan daya...cinta nafsu memang berbahaya, mampu membutakan mata hati insan,dosa pahala belakang kira..yang penting si dia..lautan API NERAKA sanggup diredahi..

entahlah, mgkin ku terlalu pengecut untuk bersuara...biarkan hati yang mencegahnya.
Buat sahabat2ku diluar sana, hayatilah bicara hatiku ini.

  Ya ALLAH
 Bawa aku dari cinta nafsu
Ku tak mahu nafsu merampas CINTAku padamu
Sungguh hati ini terasa sakit,peritnya menahan  rasa cinta
FITRAH yang telah menjadi fitnah
Ya ALLAH
Jauhkan aku dari panjang angan-angan
Dek kerana  godaan nafsu yang ingin merampas CINTA
Ku sedar jarum syaitan telah berjaya menusuk
Hati sakit tapi nafsu memujuk
Supaya meredai  cinta itu
Y a ALLAH
Terase seakan  Jiwa  jauh darimu
Nurani kosong  tapi penuh sesak di dada
Seakan-akan ada yang tak kena
Apakah itu Ya ALLAH?
Sungguh hambaMu ini  tidak tahu.
Ya ALLAH
Jangan biarkan dosaku yang lalu manjadi inspirasi pada nafsu
Hingga melekakan aku dari CINTAMU
Melalaikan aku dari jalan menyeru manusia kepadaMu
Ku sedar aku tak layak diCINTAI
Namun CINTA itu adalah segala-segalanya buatku
Ya ALLAH
Andai kupernah menjauhiMU
Janganlah pula Engkau menjauhhi ku
Meskipun aku seringkali meninggalkanMu
Aku insan daif
 Kekadang kuat namun selalu lemah
Tiada  daya menunddukkan nafsu
Melainkan dengan TAUFIQ dan HIDAYAHMU
Ya ALLAH
Pandanglah hatiku ini
Di ruang yang paling dalam
Terpendam CINTA  yang  karam
 lantaran dilanda ombak dan badai nafsu
Harapanku selamatkanlah nakhoda CINTA itu
Biarpun terpaksa menghadapi perebutan dengan nafsu
Hanya satu pintaku
Menangkanlah  mujahidah CINTAMU.


"...Adapun orang beriman sangat CINTA kepada Allah..." (Surah Al-Baqarah 2:165) 

benar..sugguh perit untuk menahan rasa cinta..kata imam Nawawi rahimahullah:
Rasulullah pernah berpesan "man 'ashaq, fakatama, wa'afa famaata fahuwa syahid". mafhumnya lebih kurang begini, siapa yang jatuh cinta, tahanlah, jika sekiranya dia meninngal dunia, maka dia SYAHID.
masyaALLAH begitu besar sekali ganjaran buat Mujahid Mujahidah yang menahan perasaan cinta yang buta sehigga dikurniakan MAQAM tertinggi disisi ALLAH... SUBHANALLAH..

..maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan....??(surah ar-Rahman)



No comments:

Post a Comment