Monday, October 29, 2012

Ringkasan buku“BAGAIMANA HENDAK MENDAPAT KAWAN DAN MEMPENGARUHI SESEORANG” DALE CARNEGIE

“Apa yang dkaji oleh barat tidak lengkap dan akan dilengkapkan oleh mukmin (dgn ruh islam). Ilmu mereka adalah ilham dari Allah dan ilham ini perlu dilengkapkan dengan ilmu wahyu.Buku ini hanya membincangkan bagaimana nak membina hubungan dengan manusia ‘hablumminannas’ dari perspektif barat (manusia yang diberi kefahaman oleh Allah berdasarkan akal mereka yang terbatas) ”
Kenapa &bagaimana buku ini ditulis
Berurusan dengan manusia mungkin merupakan masalah yang dihadapi oleh anda terutama yang terlibat dalam dunia perniagaan, juga benar jika anda suri rumah, arkitek @ jurutera.kajian yang dijalankan di Institut  Teknologi Carnegie mndedahkan walaupun dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan , 15% kejayaan seseorang disebabkan oleh pengetahuan teknikalnya manakala 85% disebabkan oleh kemahirannya dalam kejuruteraan manusia-peribadi dan kemampuan untuk memimpin manusia.
Kakitangan dalam bidang kejuruteraan yang paling tinggi gajinya biasanya bukanlah kerana banyaknya pengetahuan mengenai kejuruteraan .tetapi seseorang yang mengetahui pengetahuan teknikal dan kemampuan untuk melahirkan idea untuk memimpin dan membangkitkan semangat di kalangan mnusia-itulah orang yang menujuke arah memperoleh pendapatan yang banyak.[1]
Tinjauan yang bernilai USD25000 mendedahkan bahawa kesihatan adlah kepentingan utama bagi orang dewasa dan kepentingan kedua dalah manusia:
-bagaimana nak memahami dan meyesuaikan diri dgan mereka.
-bagaimana nak membuatkan orang suka kepada kita, dan
-bagaimana mempengaruhi orang ain supaya bersetuju dgn pendapat anda .
“Pendidikan adalah kemampuan untuk memenuhi situasi-situasi dalam kehidupan”-Dr John G Hibben[2]
“untuk mencapai matalamt besar dalam pendidikan bukanlah dengan ilmu pengetahuan tetapi dengan tindakan”- Herbert Spenser[3]



BAHAGIAN PERTAMA : PRINSIP2 ASAS BILA BERDEPAN DENGAN SESEORANG
Prinsip 1 : Jangan mengkritik, menghukum atau merungut.
“ jangan menjolok sarang lebah jika anda ingin mengambil madunya”
1.       Hindari sikap menyalakan
There’s a reason behind something. Sesorang yang bertindak kejam mesti ada sebab yang menyebabkan sesesorang bertindak begitu.Apa yang perlu kita rungkaikan buakanlah kesalahannya tetapi SEBAB yang menyebabkan dia melakukan kesalahan itu.
Mari kita lihat bagaimana seorang penjenayah melihat dirinya ketika semua manusia memandang dirinya sebagai manusia yang kejam. Nama beliau adalah Crowley.  
“di sebalik kemeja saya ini tersembunyi jiwa yang lesu, tetapi berhati mulia yang tak akan melukakan sesiapa pun”
Crowley dijatuhkan hukuman amti dengan kerusi elektrik, tapi apa yang dikatakan olehnya
“Inikah balasan jika saya membunuh orang? Tidak!! Inilah yang saya perolehi kerana mempertahankan diri saya”.
Crowley tidak pernah menyalahkan dirinya tanpa sebarang sebab.dalam buku ini anda akan menerokai lebih banyak cerita2 penjenayah. Yang istimewanya, penjenayah2 ini tidak pernah berputus asa dan menyalahkan dirinya. Jika mereka tidak menyalahkan diri sendiri, bagaimana pula orang2 yang bergaul dengan anda?adakah mereka suka jika diri mereka disalahkan? Paling mudah untuk mengetahui jawapannya, tanyalah soalan ini pada diri anda sendiri, adakah anda suka diri anda disalahkan?
2.       Hindari sikap suka mengkritik
Seseorang itu bersifat defensive( mempertahankan diri) dan biasanya akn membenarkan dirinya.sikap mengkritik berbahaya kerana:
1.       Merosakkan kebanggan seseorang yang sgt berharga
2.       Melukai perasaan seseorang sebagai seorang yg penting
3.       Menambahkan rasa rendah diri [4]
Menurut B.F  Skinner , binatang yang diberikan hadiah atas perilakunya yang baik akan belajar jauh lebih cepat dan ingat apa dipelajarinya secara lebih berkesan berbabding degna binatang yang dihukum kerana perilakunya yang buruk.Prinsip yang sama berlaku pada manusia.Dengan mengkritik, perubahan yang Berjaya kita lakukan tidak akan berterusan dan kerapkali menimbulkan perasaan tidak puas hati.
“kehausan kita kepada penghargaan  adalh sama besarnya kebencian kita kepada cercaan”-Hans Selye.
Perasaan tidak puas hati yang ditimbulkan oleh kritikan boleh melumpuhkan semangat para kakitangan, ahli keluarga serta kawan-kawan dan tidak dapt memperbaiki keadaaan orang yang dikritik itu.
Inilah sikap manusia. Mereka yang melakukan kesilapan akan mencerca kecuali dirinya sendiri.Kritikan akhirnya hanya akan kembali kepada diri kita sendiri. Kita hendaklah sedar bahawa orang yang inginkita betulkan dan cerca itu hnaya kan membenarkan dirinya sendiri dan membalas cercaan kita. Kata Puan Lincoln “jangan mengkritik mereka, kalau kita berada dalam keadaan yang serupa, kita pun akan melakukan seperti mereka”.
Apakah anda ingin mengubah, mengatur dan memperbaiki orang lain? Bagus! Ini sesuatu yang bagus!. Tetapi kenpa tidak dimulai daripada diri kita sendiri? Kalau ditinjausepintas lalu daripada kepentingan diri sendiri, hal ini jauh lebih menguntungkan berbanding dengan cuba memperbaiki orang lain.
Sewaktu bergaul dengan seseorang, ingatlah selalu bahawa kita tidak bergaul dengan makhluk yang logic. Kita menghadapi seseorang yang penuh degan emosi, penuh denga prasangka dan digerakkan oleh motivasi kesombongan dan bongkak.
“saya tidak bercerita tentang keburukan orang  lain dan hanya mengutarakan segsls hal yang baik yang saya ketahui tentang diri seseorang”-Benjamin Franklin[5]
Seseorang yang bodoh boleh mengkritik, mencerca dan mengeluh. Dan kebanyakan  orang yang bodoh sahaja bertindak demikian. Kata Carlyle “ seseorang yang bijak menunujukkan kebijaksanaannya melalui cara beliau memperlakukan orang-orang yang lebih kecil”.
Daripada mencerca orang lain, lebih baik kita cuba memahami mereka. Cuba kita bayangkan kenapa mereka begitu. “ mengetahui semuanya akan memanfaatkan semuanya”.
.....ni bari part 1, nantikan part2 yang seterusnya..bersambung.

[1] Kalau kita teliti sepanjang zaman, semua pemimpin memiliki kemampuan  membangkitkan semangat di kalangan manusia. Cnthnya: Nabi Muhammad s.a.w,Khulafa’ al-rasyidin, sultan Mehmed al-Fateh, Bill Gates, Robert T kiyosaki. Disini, orang yang memiliki  kemampuan ini bukanlah sahaja bermaksud mereka mampu meraih pendapatan dan pangkat yang tinggi, tapi orang yang memiliki kemampuan ini semestinya  boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
[2] Dr John G Hibben adalah bekas presiden Universiti Princeton, ahli falsafah dan pendidik.
[3] Herbert spenser ahli biologi, sociologi dan falfasah.
[4] Persoalannya, wujudkah istilah kritikan membina?need to explore more...
[5] Rahsia bagaimana beliau memiliki keupayaan dalam menghadapi seseorang dan handal dalam berdiplomasi.