Tuesday, February 8, 2011

Terima Kasih Allah...Terima Kasih guruku..

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menyedut udara segar milikMu Ya ALLAH..

MasyaALLAH..sejak akhir2 ni,aku ni selalu teringat kat Ustaz Khaidzir, guru yang mengajar PAI masa aku form 5 kt MRSM Kuala KRAI 3 thun lepas...aku memang suka dengar ustaz Khaidzir 'ngepek' kt surau masa tazkirah subuh tiap2 hari...perkataan yang aku takkan pernah lupa; REPUT..


(gambar ustaz Khaidzir yang diciplak dari facebook)


terima kasih ya ustaz kerana mendidikku mencintai agama..mencintai para ulama'; pewaris anbia'...mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam..

kekasihku, Habib Umar al-hafidz (keturunan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam)

guruku ini sangat mencintai Rasulullah dan para sahabat..aku masih ingat masa dalam kelas 5B dulu, bila ustaz ckp pasal ibu dan penjaga ustaz dan juga Rasulullah, matanya akn bergenang ..membuatkan aku turut tersentuh (mentang2lah duduk depan skali..hehe),sejak itu aku berazam untuk bersikap lemah lembut dengan ibuku...Ya ALLAH. hebatnya tarbiyahMu untuk hamba yang penuh dengan kekurangan ini...

Terima kasih Ustaz atas segala teguran dan nasihatmu
Moga ia menjadi salah satu asetmu di akhirat nanti
YA ALLAH
Rahmatilah guruku ini dan ahli keluarganya
Terima Kasih Ya ALLAH kerana menjadikannya salah satu wasilah dalam mentarbiyah diriku.

Sunday, February 6, 2011

Bumi putrajaya,kembali ku jejaki...


Bumi putrajaya,kembali ku jejaki  setelah 5 bulan ku tinggalkan kisah duka….
MasyaALLAH,hebatnya percaturanMu ya ALLAh…5 bulan dahulu hospital putrajaya jadi saksi kekentalan semangat kami mengiringi kepulangan ALLAHYARHAMAH kak Atim ke pangkuan ILAHI, kakakku yang berjasa pada Agama, terima kasih atas segalanya, setiap bibit pertemuan kita takkan ku lupa. Kau pemberi semangat kepadaku dikala aku terasa diri ini tak layak berada di saf hadapan para pejuang .ku tahu aku memang lemah…tak tertahan air mataku bila mengenangkanmu…bukan kerana kesedihan atas pemergian, tapi air mata kegembiraan kerana kau terlebih dahulu mencapai matlamat  hidupmu iaitu perjumpaan dengan RABBUL ‘ALAMIN…moga kau bahagia disana bersama para solihin…kakakku, akan terus setia di atas jalan ini ,tetap thabat menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

 YA ALLAH, pandanglah setiap amalan kebajikan  yang dilakukannya sewaktu hidup…padamkanlah setiap dosa dan kesalahannya dengan keikhlasannya memperjaungkan kalimatMU biarpun keikhalasan itu hanya sebesar zarah…terima kasih YA ALLAH, KAU jadikan insan ini wasilah untuk mentarbiyah diriku yang lemah ini..

Kini, di bumi ini (Putarajaya International Convention Centre, PICC- konvek HPA) juga ku menyaksikan betapa luasnya nikmat dan kasih sayangMu YA ALLAH buat hambaMu… Ya, nikmat yang sering manusia dustakan, tak pernah merasa puas dengan apa yang diberi… Namun, ku lihat insan2 ini begitu berbeda….kecacatan fizikal bukan halangan untuk Berjaya, tapi  kecacatan iman, tawakkal dan semangatlah yang menggagalkan manusia…begitu tersentuh hatiku melihat insan2 ini…teringat kepada Syeikh Ahmad Yassin, pengasas gerakan HAMAS di Palestin, tak pernah berundur meskipun beliau hanya berkerusi roda..bahkan kerusi roda itulah amat ditakuti oleh qarin dan syaitan orang israel dan yahudi laknatullah.
YA ALLAH,berikan aku semangat seperti kekasihmu itu……SUBHANALLAH,Kau mematikan seorang pejuang, namun Kau menggantikannya lebih dari 50 pejuang…Kau mengambil Hassan al-Banna ke pangkuanMu, tapi Kau tak memadamkan namanya dari sebutan dan ingatan kami malah KAU menggantikannya lebih ramai al-Banna..itulah hebatnya bila kita hidup untuk Fikrah…kata Syed Qutb: “jika hidup kerana diri sendiri, hidup kita hanyalah pendek, bermula dengan lahirnya kita kedunia dan berakhir dengan berakhrnya  umur kita yang terbatas….tapi, bila hidup untuk Fikrah, hidup kita adalah panjang, bermula dengan bermulanya manusia di atas muka bumi ini dan berakhir dengan berakhirnya  manusia di muka bumi ini..” wallahua’lam


Wednesday, February 2, 2011

7 Variasi Manusia Dalam Menuntut ILmu

  • Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar. Ini adalah golongan yang mabuk ilmu.
  • Orang yang mencari ilmu kerana bercita hendak dapat jawatan tinggi saperti mufti dan bergaji besar. Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta. Ini lah golongan yang menggunakan ilmu untuk meraih kekayaan.
  • Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin. Seorang yang jadi pemimpin mesti berilmu. Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.
  • Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour. Agar orang kata dia intelek. Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak dapat nama.
  • Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan. Agar dia tidak di pandang hina. Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina.
  • Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara. Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina. Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme.
  • Adapun orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah. Juga dengan tujuan agar dapat amal ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya, pembangunan insan dan lain lain. Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum hukum Tuhan. Ini lah dia golongan ilmuan yang bertaqwa. 
so...fikir2kanlah, golongan manakah anda....???

Sunday, January 30, 2011

Andaiku Diberi Pilihan

Andaiku diberi pilihan antara kanak2 dan remaja
akan ku pilih untuk jadi anak kecil
sentiasa riang bermain
tanpa ancaman maksiat dan masalah hati
berlari-lari mengejar sirama-rama
tanpa perlu risau esok bagaimana...

andaiku diberi pilihan antara kanak2 dan burung di angkasaraya
nescaya ku ingin jadi si burung
terbang dengan bebas dialam buana
menikmati dan mensyukuri alam ciptaan Yang Maha Esa
tak lupa bertasbih memuji-NYa
tanpa perlu bimbang apa nasibku di hari kebangkitan dan perhitungan
kerana jika aku jadi kanak2
anak kecil itu akan dewasa
kelak akan lalui remaja sepertiku
zaman yang penuh dengan liku2
bila2 masa sahaja boleh memasuki perangkap
rencana syaitan durjana...
aku takut aku akan kecundang...

apakah apa yang ku katakan ini salah?

tidak....

bahkan Saidina  Abu Bakar  bermadah:
"alangkah baik seandainya aku sebatang pokok yang ditebang"
"alangkah  baiknya jika aku sehelai rumput makanan ternakan"
"alangkah baiknya aku jika aku ni sehelai bulu di badan seorang mukmin"
ketika beliau melewati seekor haiwan;" betapa gembiranya hidupmu,
kau makan.kau minum, kau kesana,kau kemari dibawah naungan pepohon
dan diakhirat tiada penghisaban keatas dirimu.
alangkah baiknya kalau Abu Bakar sepertimu"

bahkan sahabat yang paling berani, Umar al-Khattab
lebih memilih baiknya andai si ibu tidak melahirkannya..

betapa takutnya mereka akan azab ALLAH..
lalu inginku tanyakan pembaca sekalian...
ANDA bagaimana???


rujukan: kisah-kisah para sahabat dalam kitab Fadhail Amal,
karangan Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhalawi

Saturday, January 29, 2011

The Child and her Diary

The Child and her Diary
The Child & Her Diary
She wrote in her diary every night
When bullets passed by her window… she wrote
When Israeli soldiers killed her mother she wrote
She wrote of the horrors she sees
And the nightmares of flames and destruction
She the Palestinian child
Writes in her diary every night
To ease her enormous pain
To sedate her fears and nightmares

That little Palestinian child
Had died while writing in bed

From Israelis bulldozing her home
And now she lies in her tomb
Forgotten…as if she never existed
But her diary will carry on
The suffering of every Palestinian child
And now on her tomb Israeli children play
And sing with no worries of tomorrow
Where she once lived is confiscated
What are left from her family are refugees

And we continue to support Israel
With 10 million dollars a day!
And we continue to say
All humans are created equal

But continue to send to Israel
10 million dollars a day!

syair Imam Syafi'e sebelum meninggal dunia

Dengan Nama ALLAH yang MAha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. 

Tiada kasih  seindah KASIHMU..tiada cinta seindah CINTAMU dan RASULMU..

pernahkah sahabat2dengar lagu ilaika? rupa2nya lagu ni merupakan syair Imam Syafi'e sebelum beliau kembali ke pangkuan KEKASIH yang dirindu...sungguh menusuk jiwa andai dihayati dengan mata hati..


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــيKupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Friday, January 28, 2011

epilog seorang teman

"suara dik mi mengaji lagi sedap dari dari suara kakak" kata nenek ntok memprovok diriku yang ketika itu berusia 10 tahun.
teras sakit ati mendengarnya. masakan tidak, aku dibandingkan dengan adikku,al-Hafiz Mohd Zulhilmi..Namun x terlintas di benakku untuk tidak meneruskan usaha memperelokkan bacaan. Apa aku kisah? suaraku lg sedap ape?(dengan syok sendirinya..)

begitulah kuasa  optimis yang perlu ada pada kita..lebih2 lagi bagi seorang da'ie..setiap tohmahan dianggap sbg motivasi untuk memperbaiki diri...hidup adalah ujian untuk membuat pilihan..samaada untuk jadi seorang yang optimis atau pesimis...

teringat waktu kecil2 dlu,kami memang akrab dimana ada dia, disitu ada aku tapi selalu gaduh, cam anjing ng kucing..kata adikku. dia kucingnya dan aku anjingnya(aduh,macam2 )..pernah satu  ketika, kami gaduh besar sehingga membuatkan atukku nk rotan kami..tapi nasib baik kami larikn diri dari tempat kejadian (masuk dalam bilik air  untuk sembunyikn diri..hehehe.. )

oleh kerana kami amat meminati kisah Nabi Yusuf 'alaihissalam,Atuk selalu menasihatkan,ambillah pengajaran dari kisah tersebut,janagn tau baca je... berkasih sayanglah seperti nabi yusuf dan adiknya,Bunyamin..

"Nabi Yusuf baik dengan adik dia,x  macm kakak.sebab tu bunyamin turut menangisi  kehilangan abangnya selain ayahnya,nabi Yaakub. .Allah sgt sayang kepada orang orang berbuat baik kepada adik-beradikya" kata atuk....namun dalam benakku mengatakan kalo dik mi hilang lagi bagus(masa 2 tengah gaduh ngan adik mi).. bila masuk MRSM, baru kurasakan begitu kesunyian dan rindu untuk berbalah dengan beliau..

kini kami semua telah dewasa. jarang2 bleh jumpa, 4 kali setahun je ...maklumlah, seorang hafiz tidak boleh cuti lama2, apatahlagi dia salah seorang ahli jemaah Tabligh..

Buat adikku, teruskan perjuanganmu menyeru manusia ke jalan ALLAH, meskipun kita berlainan fikrah..namun cita-cita dan cinta kita tetap sama ,redha ALLAH dan RasulNYa..terima kasih buat atuk,nenek, ayah dan ibu kerana mendoakan kami agar jadi insan yang berguna pada kalian dan berguna pada UMMAT.. Terima kasih ALLAH, terima kasih orang tuaku..