Tuesday, January 8, 2013

Dia yang kukenang

sebaris nama yang mungkin jarang sekali meniti di bibir kami
sesosok tubuh yang mungkin pernah kami lupai
tapi semangatnya tetap hidup
mengingatkan betapa indahnya Istiqamah di jalan Dakwah
meskipun aku pernah tersungkur, terjatuh, terbaring, tertiarap

saat itu aku lemah tapi...
ketika itu Allah mengingatkan aku dengan sebaris nama ini
masih segar diingatan 2010 yang penuh duka dan suka
langit putrajaya  yang cerah waktu itu seolah2 mendung bg kami
pemergianmu yang tak pernah kami duga
masih terbayang kau senyum pada kami
kau bayangan Fatimah
serikandi puteri Rasulullah s.a.w 

manusia yang pergi mudah dilupai
tapi roh jihadnya segar di hati2 insan yang menyayanginya
 wahai serikandi Islam...saat ini aku merinduimu
semoga kau damai disana
semoga kau bahagia bersama para anbia', syuhada', para solihin

betapa beruntungnya dirimu
kau dipilih Allah menghadapNya ketika berada di Jalan Mujahadah
sungguh aku cemburu denganmu
semoga kami juga bakal mengikuti jejak langkahmu

alfatihah...
buat yang dirindui
Allahyarhamah Fatimah Zurwanty bt Zulkifly
Semoga kita bisa bertema suatu hari nanti
ya....
Di Syurga FirdausNya.
Allahummarzuqnal istiqamah

Bingkisan buat Saudaraku

-->
Buatmu saudaraku Mohd Zailani Zahari yang aku sayangi kerana Allah
Semoga Allah juga menyayangi dirimu
Mungkin disaat engkau membaca kalamku ini
Aku mungkin tiada lagi didunia ini
Tapi cukuplah kematian itu jadi satu pengajaran buat kita
Cukuplah engkau tahu aku sayang kamu kerana Allah

Saudaraku
Aku tahu engkau terkapai2 di hanyut arus kehidupan ini
Kau ibarat layang2 terputus talinya
Semoga cahaya Hidayah Allah menyinari hidupmu suatu hari nanti

Saudaraku
Aku mengerti andai kau telah putus asa dalam hidupmu
Aku tahu kau kecewa dengan insan2 sekelilingmu
Tapi Allah tak pernah membuatkan kau kecewa
Percayalah  Allah tidak kurniakan nyawa kepada kita dengan sia-sia
Tiada ujian yang menimpamu tanpa bersebab
Allah pasti ada perancangan yang lebih besar buat dirimu
Penciptaanmu, lahirnya kamu ke dunia, perjalanan hidupmu sudah Allah ukirkan
Dan aku pasti semua ini pasti ada hikmah disebaliknya

Saudaraku
Pulanglah kepangkuan Allah sebelum terbitnya matahari dari ufuk barat
Pulanglah kepangkuan Ilahi sebelum nyawamu dicabut ‘izrail
Tetamu yang tak jemu  menziarahimu tanpa kau undang
Sesungguhnya di akhirat nanti aku x punya kuasa menyelamatkanmu melainkan Allah
Allah itu Maha pengampun lagi maha penyayang

Monday, October 29, 2012

Ringkasan buku“BAGAIMANA HENDAK MENDAPAT KAWAN DAN MEMPENGARUHI SESEORANG” DALE CARNEGIE

“Apa yang dkaji oleh barat tidak lengkap dan akan dilengkapkan oleh mukmin (dgn ruh islam). Ilmu mereka adalah ilham dari Allah dan ilham ini perlu dilengkapkan dengan ilmu wahyu.Buku ini hanya membincangkan bagaimana nak membina hubungan dengan manusia ‘hablumminannas’ dari perspektif barat (manusia yang diberi kefahaman oleh Allah berdasarkan akal mereka yang terbatas) ”
Kenapa &bagaimana buku ini ditulis
Berurusan dengan manusia mungkin merupakan masalah yang dihadapi oleh anda terutama yang terlibat dalam dunia perniagaan, juga benar jika anda suri rumah, arkitek @ jurutera.kajian yang dijalankan di Institut  Teknologi Carnegie mndedahkan walaupun dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan , 15% kejayaan seseorang disebabkan oleh pengetahuan teknikalnya manakala 85% disebabkan oleh kemahirannya dalam kejuruteraan manusia-peribadi dan kemampuan untuk memimpin manusia.
Kakitangan dalam bidang kejuruteraan yang paling tinggi gajinya biasanya bukanlah kerana banyaknya pengetahuan mengenai kejuruteraan .tetapi seseorang yang mengetahui pengetahuan teknikal dan kemampuan untuk melahirkan idea untuk memimpin dan membangkitkan semangat di kalangan mnusia-itulah orang yang menujuke arah memperoleh pendapatan yang banyak.[1]
Tinjauan yang bernilai USD25000 mendedahkan bahawa kesihatan adlah kepentingan utama bagi orang dewasa dan kepentingan kedua dalah manusia:
-bagaimana nak memahami dan meyesuaikan diri dgan mereka.
-bagaimana nak membuatkan orang suka kepada kita, dan
-bagaimana mempengaruhi orang ain supaya bersetuju dgn pendapat anda .
“Pendidikan adalah kemampuan untuk memenuhi situasi-situasi dalam kehidupan”-Dr John G Hibben[2]
“untuk mencapai matalamt besar dalam pendidikan bukanlah dengan ilmu pengetahuan tetapi dengan tindakan”- Herbert Spenser[3]



BAHAGIAN PERTAMA : PRINSIP2 ASAS BILA BERDEPAN DENGAN SESEORANG
Prinsip 1 : Jangan mengkritik, menghukum atau merungut.
“ jangan menjolok sarang lebah jika anda ingin mengambil madunya”
1.       Hindari sikap menyalakan
There’s a reason behind something. Sesorang yang bertindak kejam mesti ada sebab yang menyebabkan sesesorang bertindak begitu.Apa yang perlu kita rungkaikan buakanlah kesalahannya tetapi SEBAB yang menyebabkan dia melakukan kesalahan itu.
Mari kita lihat bagaimana seorang penjenayah melihat dirinya ketika semua manusia memandang dirinya sebagai manusia yang kejam. Nama beliau adalah Crowley.  
“di sebalik kemeja saya ini tersembunyi jiwa yang lesu, tetapi berhati mulia yang tak akan melukakan sesiapa pun”
Crowley dijatuhkan hukuman amti dengan kerusi elektrik, tapi apa yang dikatakan olehnya
“Inikah balasan jika saya membunuh orang? Tidak!! Inilah yang saya perolehi kerana mempertahankan diri saya”.
Crowley tidak pernah menyalahkan dirinya tanpa sebarang sebab.dalam buku ini anda akan menerokai lebih banyak cerita2 penjenayah. Yang istimewanya, penjenayah2 ini tidak pernah berputus asa dan menyalahkan dirinya. Jika mereka tidak menyalahkan diri sendiri, bagaimana pula orang2 yang bergaul dengan anda?adakah mereka suka jika diri mereka disalahkan? Paling mudah untuk mengetahui jawapannya, tanyalah soalan ini pada diri anda sendiri, adakah anda suka diri anda disalahkan?
2.       Hindari sikap suka mengkritik
Seseorang itu bersifat defensive( mempertahankan diri) dan biasanya akn membenarkan dirinya.sikap mengkritik berbahaya kerana:
1.       Merosakkan kebanggan seseorang yang sgt berharga
2.       Melukai perasaan seseorang sebagai seorang yg penting
3.       Menambahkan rasa rendah diri [4]
Menurut B.F  Skinner , binatang yang diberikan hadiah atas perilakunya yang baik akan belajar jauh lebih cepat dan ingat apa dipelajarinya secara lebih berkesan berbabding degna binatang yang dihukum kerana perilakunya yang buruk.Prinsip yang sama berlaku pada manusia.Dengan mengkritik, perubahan yang Berjaya kita lakukan tidak akan berterusan dan kerapkali menimbulkan perasaan tidak puas hati.
“kehausan kita kepada penghargaan  adalh sama besarnya kebencian kita kepada cercaan”-Hans Selye.
Perasaan tidak puas hati yang ditimbulkan oleh kritikan boleh melumpuhkan semangat para kakitangan, ahli keluarga serta kawan-kawan dan tidak dapt memperbaiki keadaaan orang yang dikritik itu.
Inilah sikap manusia. Mereka yang melakukan kesilapan akan mencerca kecuali dirinya sendiri.Kritikan akhirnya hanya akan kembali kepada diri kita sendiri. Kita hendaklah sedar bahawa orang yang inginkita betulkan dan cerca itu hnaya kan membenarkan dirinya sendiri dan membalas cercaan kita. Kata Puan Lincoln “jangan mengkritik mereka, kalau kita berada dalam keadaan yang serupa, kita pun akan melakukan seperti mereka”.
Apakah anda ingin mengubah, mengatur dan memperbaiki orang lain? Bagus! Ini sesuatu yang bagus!. Tetapi kenpa tidak dimulai daripada diri kita sendiri? Kalau ditinjausepintas lalu daripada kepentingan diri sendiri, hal ini jauh lebih menguntungkan berbanding dengan cuba memperbaiki orang lain.
Sewaktu bergaul dengan seseorang, ingatlah selalu bahawa kita tidak bergaul dengan makhluk yang logic. Kita menghadapi seseorang yang penuh degan emosi, penuh denga prasangka dan digerakkan oleh motivasi kesombongan dan bongkak.
“saya tidak bercerita tentang keburukan orang  lain dan hanya mengutarakan segsls hal yang baik yang saya ketahui tentang diri seseorang”-Benjamin Franklin[5]
Seseorang yang bodoh boleh mengkritik, mencerca dan mengeluh. Dan kebanyakan  orang yang bodoh sahaja bertindak demikian. Kata Carlyle “ seseorang yang bijak menunujukkan kebijaksanaannya melalui cara beliau memperlakukan orang-orang yang lebih kecil”.
Daripada mencerca orang lain, lebih baik kita cuba memahami mereka. Cuba kita bayangkan kenapa mereka begitu. “ mengetahui semuanya akan memanfaatkan semuanya”.
.....ni bari part 1, nantikan part2 yang seterusnya..bersambung.

[1] Kalau kita teliti sepanjang zaman, semua pemimpin memiliki kemampuan  membangkitkan semangat di kalangan manusia. Cnthnya: Nabi Muhammad s.a.w,Khulafa’ al-rasyidin, sultan Mehmed al-Fateh, Bill Gates, Robert T kiyosaki. Disini, orang yang memiliki  kemampuan ini bukanlah sahaja bermaksud mereka mampu meraih pendapatan dan pangkat yang tinggi, tapi orang yang memiliki kemampuan ini semestinya  boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
[2] Dr John G Hibben adalah bekas presiden Universiti Princeton, ahli falsafah dan pendidik.
[3] Herbert spenser ahli biologi, sociologi dan falfasah.
[4] Persoalannya, wujudkah istilah kritikan membina?need to explore more...
[5] Rahsia bagaimana beliau memiliki keupayaan dalam menghadapi seseorang dan handal dalam berdiplomasi.

Thursday, December 22, 2011

::Pemuda, jadilah Abdullah Khairul Azzam::

~senja bertasbih di Alexandria~

analisis watak Abdullah Khairul Azzam....

  1.  Ada FIGHTING SPIRIT untuk berjaya. LAWAN TETAP LAWAN (mskipun fail paper bnyak kali, namun beliau tetap berazam ntok mnhabiskn pengajiannya di MEsir)
  2. BerJIWA BESAR, THINK BIG...
  3. Berdikari (Musasafat Tarbiyyah)
  4. Push Himself out of a comfort Zone.("Ketika banyak mahasiswa yang sangat manja dan menggantungkan kiriman orangtua, kau justru sebaliknya"-pak ali).
  5. Power of Action (yang mmbezakan orang yang berjaya dan tidak berjaya: ust Anif Sirsaeba)
  6. Never do anything JUST for Money. DO IT WITH LOVE (bukan kerana beban, tapi kerana kasih pada adik2 dan ibu)
  7. TAQWA
  8. Seperti Air yang sentiasa mengalir, menghidupkan hidupan yang mati dan mengalir mengikut arahan dan aturan ILAHI. (Pasrah dan redha dgn apa ALLAH tentukan untuknya sambil gigih berusaha)


Petikan dari novel KCB, Habiburrahman el-Shirazy:

"Kalau aku perhatikan, gurat wajahmu lebih tua sedikit dari umurmu. Kayaknya kau memikul sebuah beban yang lumayan berat. Aku perhatikan kau lebih banyak bekerja daripada belajar di Mesir ini. Boleh aku tahu tentang hal ini?" 
"Ah Pak Ali terlalu perhatian pada saya. Saya memang harus bekerja keras Pak. Bagi saya ini bukan beban. Saya tidak merasakannya sebagai beban. Meskipun orang lain mungkin melihatnya sebagai beban. Saya memang harus bekerja untuk menghidupi adik adik saya di Indonesia. Ayah saya wafat saat saya baru satu tahun kuliah di Mesir. Saya punya tiga adik. Semuanya perempuan. Saya tidak ingin pulang dan putus kuliah di tengah jalan. Maka satu-satunya jalan adalah saya harus bekerja keras di sini. Jadi itulah kenapa saya sampai jualan tempe, jualan bakso, dan membuka jasa katering." Pak Ali mengangguk-angguk sambil membetulkan letak kaca matanya mendengar penuturan Azzam. Ada rasa kagum yang hadir begitu saja dalam hatinya. Anak muda yang kelihatannya tidak begitu berprestasi itu sesungguhnya memiliki prestasi yang jarang dimiliki anak muda seusianya.
"Aku sama sekali tak menyangka bahwa kau menghidupi adik-adikmu di Indonesia. Aku sangat salut dan hormat padamu Mas. Sungguh. Ketika banyak mahasiswa yang sangat manja dan menggantungkan kiriman orangtua, kau justru sebaliknya. Teruslah bekerja keras Mas. Aku yakin engkau kelak akan meraih kejayaan dan kegemilangan. Teruslah bekerja keras Mas, setahu saya yang membedakan orang yang berhasil dengan yang tidak berhasil adalah kerja keras. Dan nanti kalau kau sudah sukses jagalah kesuksesan itu. Setahu saya,
dari membaca biografi orang-orang sukses, ternyata hal paling berat tentang sukses adalah menjaga diri yang telah sukses agar tetap sukses."

wallahua'lam=)

Monday, December 19, 2011

~Pandang dengan Mata Hati, Fahamilah Kemuliaan Harta~

Nur F:  B, kalo B dapat income banyak, B nak buat ape ng duit 2?
Nur B: Kalo B dapat duit banyak, B nak bawak mak ayah B pergi haji, mereka x pergi lagi      sebab xde duit.B nak tlg bayar hutang mereka yang berpuluhan ribu.B x nak mereka meninggal dalam keadaan berhutang kepada manusia.Pada zaman Rasulullah, Rasulullah x nak sembayangkan jenazah sahabat yang tidak melangsaikan hutangnya semasa hidup.(jwab si B tersenyum dgn penuh harapan)
Nur F: Bagi F, F pandang duit 2 duit tu tak  de ape2 …
Cik T: Bagus tu F, F adalah salah seorang yang wajib kaya sebab F pandang duit 2 xde ape2 bagi F. Kalo F dapat duit banyak pon, F akan berikan  semuanya kepada orang2 miskin.F, Ramai lagi umat islam yang hidup miskin melarat dan memerlukan sumbangan daripada orang  orang macam F ni.
Nur B:  Betul 2,  duit memang xde ape2 nilai, tapi kegunaannya dalah sangat bermakna F. Kita bleh gunakan duit untuk beribadah kepada Allah dan berbuat Ihsan sesama insan. Bukankah Allah menyuruh kita untuk berbuat ihsan sesama makhluk. 
Nur F:  Bukankah ada yang sesat disebabkan fitnah harta macam Qarun, Firaun..?
Cik T:  Betul tu F, tapi kenape kita ambek dari sudut negatif? pandanglah dari sudut positif..Rasulullah sgt kaya, begitu juga sahabat2 mcm Saidina abu Bakar, Saidina Umar, Uthman b affan, Abbdurrahman b auf dan Isteri rasulullah, Siti Khadijah. Mereka kaya tapi sgt zuhud disebabkn ketaqwaan pada Allah.
Nur F:  tapi…. F takut harta 2 akan membuatkan F jauh dari Allah.
Cik T:  Kenapa perlu takut? Orang2 yang bertaqwa tak takut pada harta kekayaan, mereka hanya takut pada Allah. Sebab mereka letak harta tu ditangan orang2 yang memerlukan bukan letak dihati hingga melupakan Allah. Harta yang halal yang banyak tu adalah rezki daripada Allah yang patut disyukuri manusia, bukan dengan memandangnya dengan penuh kehinaan dan prasangka buruk..Orang kaya jadi hina kerana kesombongan untuk memberi, kerana apa? kerana takot jatuh miskin akibat pemberiannya. Teringat kata2 ustaz Anif Sirsaeba dalam bukunya ‘BERANI KAYA, BERANI TAKWA’ , bab 4- Fahamilah Kemuliaan Harta:
            “wang itu hamba yang baik, namun majikannyalah yang jahat, oleh itu, bijaksanalah”



YES kaya!!..YES, TAQWA!!....Kalo takut untuk bertaqwa pada ALLAH, baik x payah kaya, orang bertaqwa hanya takut Allah...Yang dah kaya, MEMBERILAH, jangan takut akan kemiskinan. The More we give, the more we get back(pahala dari Allah yang tak ternilai harganya) .Multimillionaire; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"status (darjat, kasab) itu berpusat pada wang,Sungguh kedudukan manusia di dunia ini dilihat(diukur) dgn wang.Tapi.... kemuliaan sesungguhnya adalah TAQWA."(HR at-tarmizi)

Oleh itu, pembaca2 yang dirahmati Allah, tidak salah untuk mencari kurniaan Allah dan rezeki yang banyak. Belajarlah untuk berdikari, usahlah kita jadi 'manja', mengharap duit dari ibu dan ayah.Sesungguhnya rezeki yang berkat iu adalah hasi dari titik peluh sendiri..sekian.wallahua'lam,=)

Tuesday, December 13, 2011

~Bersangka baiklah pada Allah ~

“Kamu tahu Fahri, apa yang sedang terjadi pada dirimu saat ini?”
“Aku difitnah…!”
“Tidak…! Tapi, ketahuilah, bahwa sesungguhnya, saat ini Allah sedang berbicara kepadamu. Dia berbicara kepadamu tentang penderitaanmu. Dia sedang mengajarmu erti sebuah kesombongan”
“Apa yang aku sombongkan? Aku tidak punya apa-apa. Aku bantu perempuan itu, karena aku menghormati perempuan. Tapi lihat, apa balasannya kepadaku? Dia memfitnahku!”
“Itulah kesombonganmu..! Kamu merasa paling benar! Merasa paling suci! Ingat, ketika Nabi Yusuf dipenjara karena difitnah oleh Zulaikha? Beliau lebih memilih dipenjara. Dalam doanya, beliau berkata: “Ya Allah, jika penjara lebih baik bagiku daripada di alam bebas, maka aku ikhlas menerimanya”. Lihat Fahri, Nabi Yusuf lebih memilih berada di penjara, asal bisa tetap dekat dengan Allah, daripada di alam bebas, tapi berkumpul dengan orang-orang yang penuh dusta!”
“Lantas, aku harus bagaimana?”
“Kamu harus sabar dan ikhlas Fahri, karena itulah inti Islam. Saat ini, kesabaran dan keikhlasanmu atas hidupmu sedang diuji. Jangan pernah putus asa. Jadi ingat, SABAR DAN IKHLAS, ITULAH ISLAM!”(dicopy dr novel ayat2 cinta- Habiburrahman as-Shirazy)

...ikhlasknlah hati bila menerima kritikan, kutukan dan tuduhan dari manusia, itu tandanya Allah ingin menyucikan hati kita.Give Thanks to Allah!!He knows whats in ur heart...He gives what we need,not what we want(salah gramer, tlg btolkn..hehe)

untuk mmbantu orang lain keluar dari kepompong kebodohan dan kemiskinan, x selamanya kita dipuji, dan x selalunya kita dikeji ..stiap yang berlaku, ada hikmah dari Yang Maha Penyayang.Terusakn SABAR dan tetapkan diri dalam KESABARAN..ingatlah KESABARAN ALLAH terhadap kita yang selalu bermaksiat padaNya...SENYUM=)

Monday, December 12, 2011

~Orang BERIMAN wajib Kaya~

9/10 rezeki drprd bisnes...kbanyakan orang Melayu, bila sebot je nak buat bisnes,majoriti skeptikal n negatif.."x takot kna tipu ke?, "x takot bankrup ke?", 'x takot risiko ke?'..mcm2, seolah 1/10 rezeki 2 yg dtg dri perniagaan..rezeki actually bkan brmaksud duit semate2..come on my fren!!BELIEVE jgn janji RASulullah

buat N.M, bkan ntok jd jutawan semate2, tapi untuk jadi better person(kerap diulang2, kalo hati x bersih, jgn harap bleh jd jutawan). kita akn improve dr segi laedership, comunication skill,dpt shabt2 yg positif,mntor2 yg ingin bantu kita ntok brjaya,dpt memahami psikologi manusia n bnyak lagi rezeki yg Allah bg dlm pelbagai bentuk..alhamdulillah...

kata ust Anif Sirsaeba (adk Habiburrahman el-syirazy), ORANG BERIMAN wajib kaya, sbab hanya ORANG BERIMAN sahaja tahu mnggunakn harta mereka, duit ntok diletakkan dlm tgn2 yg memerlukan bukan ntok diletakkan dalam hati..contohi Multimillionaire spanjang zaman, Rasulullah sallallahu 'alaihiwasallam..

according 2 Law of attraction, 'U is what u think'..kalo kita katakan kita x mampu, kita adalah benar, tapi kalo kita katakn YES! aku mampu, kita juga benar..kalo kita takot hantu, hantu 2 lah yng mgghantui fikiran kita..same gak, kalo takot gagal, gagal 2lah yang akan menguasai fikiran kita...xde istilah gagal dlm kamus hidup orang yang beriman, kalo gagal gak, ce try muhasabah...tepuk dada tanya iman, ape khabarkah HATI?, masih ada lagikah sisa2 prasangka buruk terhadap janji ALLAh Rasulullah,trhadap kebolehan dri sndiri n manusia lain..??

.knape Rasulullah tetap teruskan brda'wah walopon dicaci dihina,??sbab Rasulullah husnuzhon ng ummat baginda...hasilnya ISLAM smpai kpda kita hingga hari ni...wallahua'lam.

Sunday, December 11, 2011

...Belajarlah dari Makhluk ALLAH yang ....

special for Adnin Nabihah, Nur Najwa Hamali, Bintu Akyan ,Nur badriah, wan anas, k.seha, eja,ijah, syed aqib, DeeLah FadhiLah n all my frens....permata Islam a.k.a permata ibu ayah yng brharga...nk share 1 kisah benar" dari remaja jalanan kpd jutawan"-ammar zahar
1.kna ade FIGHTING SPIRIT, walopon trpukul, trjatuh, trbaring sekalipon..BANGUN BALIK
2.ADA RASA TANGGUNGJAWAB BESAR untok BERJAYA ntok... ibu ayah, adk bradik n utok Islam
3.CEPAT BANGKIT dr kjatuhan
4.NEVER EVER GIVE UP untok PERCAYA akn KEBOLEHAN dr sdri
5.Punya cita2 besar n tinggi( bagaimana sultan mohd al-Fateh bleh tawan konstantipel kalo takot bercita2 besar)
6.BEAR In MIND, stiap orang layak untok brjaya
7.Rahsia kejayaan=FOCUS, ATTITUDE,strong BELIEVE

sajo2 nk share...kalo x jadi halwa telinga or halwa mato pon, atleast bleh amek pengajaran drpda seorang SYABAB jalanan...kalo die bleh berubah, apatah lagi kito hok msuk u ni,yg lbih cerdik ni..fikir2knlah

Wednesday, November 30, 2011

#Blog yang terkubur tanpa Nisan#

Baru ari ni ada mood nak ziarah arwoh blog ni, selama ni x ingat password + xde mood

~semoga Allah memberiku Kekuatan untuk kembali~

Friday, May 6, 2011

~~dedikasi buat roomatesku~~La Tahzan...


Kadang-kadang Allah uji dengan sakit
Agar kita mengerti betapa nikmatnya sihat
Kadang-Kadang Allah uji kita dengan waktu yang sempit
Agar kita tahu manfaatnya waktu lapang
Kadang-kadang diuji dengan rasa jahilnya diri
Agar kita menyedari bahawa ilmu di dunia ini hanyalah setitis dari lautan ilmu-Nya

Kadang-kadang Allah uji dengan kesempitan hidup,resah dan gelisah
Agar kita sentiasa ingat bahawa ‘Cukuplah Allah bagi kita’
Kadang-kadang Allah uji dengan kemiskinan
Agar kita jadi orang yang bersyukur, sohor dengan nikmat-Nya walaupun sedikit
Kadang-kadang diuji dengan rasa ujub,hasad,riak dan takbur
Agar kita tahu betapa mahalnya nilai sebuah keiklasan,kejujuran dan tawadhu'
Kadang-kadang Allah uji bila kita berseorangan
Agar kita menyedari kuatnya kita bila berteman
Kadang-kadang kita diuji dengan sebuah perpisahan
Agar kita mengerti indahnya ukhwah  bila bertemu dan berpisah kerana redha-Nya
 Kadang-kadang Allah uji dengan pelbagai kerenah insan
Agar kita mengerti betapa warna-warninya sebuah kehidupan

Kadang-kadang diuji dengan rasa lemah
Agar kita menyedari tiada yang Maha Kuat melainkan Dia
Dialah sumber kekuatan
Kadang-kadang allah uji dengan rasa takut
Agar kita merasai betapa kematian dan alam kubur itu lebih mengerikan
Kadang-kadang Allah datangkan bala bencana
Agar kita tak lupa bahawa dunia ini telah tua ,qiamat itu pasti tiba
Agar kita tidak dilalaikan dengan kesenangan dunia yang sementara

Makna sebuah kebahagiaan itu luas skopnya 
Hakikat bahagia itu adalah bila diri mencintai dan dicintai Ilahi..

Sunday, May 1, 2011

Herbalist-to-be Masuk Wad Kecemasan

Ya ALLAH,nikmatnya Sihat...
Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda:
"Dua nikmat yang sering manusia lupakan iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang"

 Terngiang-ngiang kata2 sahbatku, Nurul Ilyana mem'present' tentang nikmat kesihatan semasa menghadiri satu program berdekatan Gombak lewat seminggu yang lepas.Fuhh!! persis seorang lecturer..memang ada gaya ahh..

Pagi Sayyidul Ayyam yang hening~

Aku dikejarkan ke wad kecemasan PPUM, ditolak dengan wheelcha (wheelchair) oleh cik Najah Solihah.1st time aku ditolak dengan wheelchair manakala sahabatku yang sorang ni 1st time dia yang menolak wheelchair (biasanya dia yang akn ditolak).ketika itu, Cik Najwa Hamali plak sibuk mengupdate status facebooknya-buat pengumuman kemasukan aku ke PPUM.Habis tu?? apalagi.. kecoh la depa ni duk berdiskusi tentang diriku lebih2 lagi 2 orang roomateku cik Qilah n cik Tirah Ariffin.Makan lada la,salah makan nanas la.. whatever la...janji ALLAH bagi nikmat sihat yang Dia uji buat seketika untuk menyedarkan aku supaya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat-Nya.

Macam2 peristiwa berlaku sepanjang aku dirawat disitu.Yang paling lucu,aku di'check' oleh pakar sakit puan,padahal sakitku langsung tak berkaitan dengan lapangan kerja doktor tersebut. Entah apa2 je...

Aku 'check in' pada pukul 9 am dalam sakit yang tak tertahan.Terasa seakan-akan nyawaku sedang dipisahkan dari jasad.Ya ALLAH sakitnya hadapi sakaratul maut(makhluk-Mu yang sering dibenci dan dilupa oleh manusia akan kedatangannya).Aku diinject dengan ubat tidur untuk mengurangkan kesakitan sementara menunggu ketibaan doktor pakar.Jadi sleeping beauty selama 7 jam (ntahlah apa yang berlaku sepanjang 'kematian' kecilku ini ).
Jam 3.30 pm~terbangkitnya aku dari kematian setelah terdengar seruan namaku dari corong mikrofon (Alhamdulillah, aku belum lagi mati). Ntah berapa kali mereka(nurse) meng'anounce' namaku untuk ke katil 10(asalnya,aku terlena dikatil 16), barangkali mereka tidak perasan bahawa aku sedang tidur dikatil 16.Nasib baik seorang abang nurse yang menyedari,kalo x kenalah tunggu appointment seterusnya dgn Doktor pakar sakit puan tersebut.Maklumlah, doktor pakar mestilah busy..kata Tuan Guru Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat

"Bukan senang nak jumpa orng yang sibuk ni.Tak semua perkara yang boleh kita adukan dan ceritakan  kepada mereka(apabila bertemu mereka).Nak jumpa mereka kena ada masa2 tertentu.Tapi tidak dengan ALLAH, kita boleh adukan dan cerita masalah kita pada Allah bila2 masa je,x perlu buat appointment."

...kesian, kna check aku yang xde kena mengena dgn kejenya.Walaobagaimanapun Jazakumullah buat staf2 dan krew2 yg terlibat.Syukran kathir buat sahabat2 yang concern dengan penuh kasih sayang. Jazakumullah khairan kathira..

Friday, April 8, 2011

muslimat,contohi serikandi ini..

bismillah..

saat jari terasa berat ntuk mengupdate blog ,xdop modal sbenarnya
tapi sbab kena paksa,kenalah memenuhi tuntutan taklifat ahli bilik kami.

3 hari lagi genaplah  2 bulan kejatuhan rejim diktator Hosni Mubarak bersamaan genapnya 52 tahun 2 bulan syahidnya Imam Hasan al-Banna.sejarah merakam betapa hebatnya kuasa pemuda merubah dunia.Kata Sukarno:'berikan 10 orang pemuda,nescaya akan ku gegarkan dunia'.Dunia hari ini menyaksikan keberanian Ummu Aiman abad 21,ASMA MAHFOUZ ,wanita jelmaan ZAINAB AL-GHAZALI ALJUBAILI.

Asma Mahfouz;serikandi disebalik Revolusi Mesir 2011

Memang x dapat dinafikan tangan yang disangka lembut menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia. Asma Mahfouz,ketika ramai rakyat Mesir ketakutan untuk turut sama berjuang didatarn Tahrir;beliau bangkit mencabar kaum muslimin untuk turut berjuang.Ucapan beliau semasa di Dataran Tahrir:

" I ,a girl,am going down to Tahrir Square and i will stand alone.and i'll hold up a banner.I wrote that whoever is worried about this country should come with me and that everyone who is worried about me or thinks that I am mentally ill should come in order to protect me".

Muslimat,ku mahu kamu contohi  serikandi ini.Muslimat sayap kiri perjuangan bukan sekadar bermakna menjadi seorang isteri solehah disamping seorang mujahidin,tapi matlamat dirimu lebih jauh lagi. Engkau adalah pen'trigger' sebuah Revolusi. 

Cetuskan Revolusi dalam Diri.Sesungguhnya Asma Mahfouz juga telah mencabar dirinya melakukan Revolusi Diri .Kita mungkin lemah fizikal,tapi tidak mental dan spiritual.wallahua'lam

Tuesday, February 8, 2011

Terima Kasih Allah...Terima Kasih guruku..

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menyedut udara segar milikMu Ya ALLAH..

MasyaALLAH..sejak akhir2 ni,aku ni selalu teringat kat Ustaz Khaidzir, guru yang mengajar PAI masa aku form 5 kt MRSM Kuala KRAI 3 thun lepas...aku memang suka dengar ustaz Khaidzir 'ngepek' kt surau masa tazkirah subuh tiap2 hari...perkataan yang aku takkan pernah lupa; REPUT..


(gambar ustaz Khaidzir yang diciplak dari facebook)


terima kasih ya ustaz kerana mendidikku mencintai agama..mencintai para ulama'; pewaris anbia'...mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam..

kekasihku, Habib Umar al-hafidz (keturunan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam)

guruku ini sangat mencintai Rasulullah dan para sahabat..aku masih ingat masa dalam kelas 5B dulu, bila ustaz ckp pasal ibu dan penjaga ustaz dan juga Rasulullah, matanya akn bergenang ..membuatkan aku turut tersentuh (mentang2lah duduk depan skali..hehe),sejak itu aku berazam untuk bersikap lemah lembut dengan ibuku...Ya ALLAH. hebatnya tarbiyahMu untuk hamba yang penuh dengan kekurangan ini...

Terima kasih Ustaz atas segala teguran dan nasihatmu
Moga ia menjadi salah satu asetmu di akhirat nanti
YA ALLAH
Rahmatilah guruku ini dan ahli keluarganya
Terima Kasih Ya ALLAH kerana menjadikannya salah satu wasilah dalam mentarbiyah diriku.

Sunday, February 6, 2011

Bumi putrajaya,kembali ku jejaki...


Bumi putrajaya,kembali ku jejaki  setelah 5 bulan ku tinggalkan kisah duka….
MasyaALLAH,hebatnya percaturanMu ya ALLAh…5 bulan dahulu hospital putrajaya jadi saksi kekentalan semangat kami mengiringi kepulangan ALLAHYARHAMAH kak Atim ke pangkuan ILAHI, kakakku yang berjasa pada Agama, terima kasih atas segalanya, setiap bibit pertemuan kita takkan ku lupa. Kau pemberi semangat kepadaku dikala aku terasa diri ini tak layak berada di saf hadapan para pejuang .ku tahu aku memang lemah…tak tertahan air mataku bila mengenangkanmu…bukan kerana kesedihan atas pemergian, tapi air mata kegembiraan kerana kau terlebih dahulu mencapai matlamat  hidupmu iaitu perjumpaan dengan RABBUL ‘ALAMIN…moga kau bahagia disana bersama para solihin…kakakku, akan terus setia di atas jalan ini ,tetap thabat menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

 YA ALLAH, pandanglah setiap amalan kebajikan  yang dilakukannya sewaktu hidup…padamkanlah setiap dosa dan kesalahannya dengan keikhlasannya memperjaungkan kalimatMU biarpun keikhalasan itu hanya sebesar zarah…terima kasih YA ALLAH, KAU jadikan insan ini wasilah untuk mentarbiyah diriku yang lemah ini..

Kini, di bumi ini (Putarajaya International Convention Centre, PICC- konvek HPA) juga ku menyaksikan betapa luasnya nikmat dan kasih sayangMu YA ALLAH buat hambaMu… Ya, nikmat yang sering manusia dustakan, tak pernah merasa puas dengan apa yang diberi… Namun, ku lihat insan2 ini begitu berbeda….kecacatan fizikal bukan halangan untuk Berjaya, tapi  kecacatan iman, tawakkal dan semangatlah yang menggagalkan manusia…begitu tersentuh hatiku melihat insan2 ini…teringat kepada Syeikh Ahmad Yassin, pengasas gerakan HAMAS di Palestin, tak pernah berundur meskipun beliau hanya berkerusi roda..bahkan kerusi roda itulah amat ditakuti oleh qarin dan syaitan orang israel dan yahudi laknatullah.
YA ALLAH,berikan aku semangat seperti kekasihmu itu……SUBHANALLAH,Kau mematikan seorang pejuang, namun Kau menggantikannya lebih dari 50 pejuang…Kau mengambil Hassan al-Banna ke pangkuanMu, tapi Kau tak memadamkan namanya dari sebutan dan ingatan kami malah KAU menggantikannya lebih ramai al-Banna..itulah hebatnya bila kita hidup untuk Fikrah…kata Syed Qutb: “jika hidup kerana diri sendiri, hidup kita hanyalah pendek, bermula dengan lahirnya kita kedunia dan berakhir dengan berakhrnya  umur kita yang terbatas….tapi, bila hidup untuk Fikrah, hidup kita adalah panjang, bermula dengan bermulanya manusia di atas muka bumi ini dan berakhir dengan berakhirnya  manusia di muka bumi ini..” wallahua’lam