Friday, May 6, 2011

~~dedikasi buat roomatesku~~La Tahzan...


Kadang-kadang Allah uji dengan sakit
Agar kita mengerti betapa nikmatnya sihat
Kadang-Kadang Allah uji kita dengan waktu yang sempit
Agar kita tahu manfaatnya waktu lapang
Kadang-kadang diuji dengan rasa jahilnya diri
Agar kita menyedari bahawa ilmu di dunia ini hanyalah setitis dari lautan ilmu-Nya

Kadang-kadang Allah uji dengan kesempitan hidup,resah dan gelisah
Agar kita sentiasa ingat bahawa ‘Cukuplah Allah bagi kita’
Kadang-kadang Allah uji dengan kemiskinan
Agar kita jadi orang yang bersyukur, sohor dengan nikmat-Nya walaupun sedikit
Kadang-kadang diuji dengan rasa ujub,hasad,riak dan takbur
Agar kita tahu betapa mahalnya nilai sebuah keiklasan,kejujuran dan tawadhu'
Kadang-kadang Allah uji bila kita berseorangan
Agar kita menyedari kuatnya kita bila berteman
Kadang-kadang kita diuji dengan sebuah perpisahan
Agar kita mengerti indahnya ukhwah  bila bertemu dan berpisah kerana redha-Nya
 Kadang-kadang Allah uji dengan pelbagai kerenah insan
Agar kita mengerti betapa warna-warninya sebuah kehidupan

Kadang-kadang diuji dengan rasa lemah
Agar kita menyedari tiada yang Maha Kuat melainkan Dia
Dialah sumber kekuatan
Kadang-kadang allah uji dengan rasa takut
Agar kita merasai betapa kematian dan alam kubur itu lebih mengerikan
Kadang-kadang Allah datangkan bala bencana
Agar kita tak lupa bahawa dunia ini telah tua ,qiamat itu pasti tiba
Agar kita tidak dilalaikan dengan kesenangan dunia yang sementara

Makna sebuah kebahagiaan itu luas skopnya 
Hakikat bahagia itu adalah bila diri mencintai dan dicintai Ilahi..

Sunday, May 1, 2011

Herbalist-to-be Masuk Wad Kecemasan

Ya ALLAH,nikmatnya Sihat...
Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda:
"Dua nikmat yang sering manusia lupakan iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang"

 Terngiang-ngiang kata2 sahbatku, Nurul Ilyana mem'present' tentang nikmat kesihatan semasa menghadiri satu program berdekatan Gombak lewat seminggu yang lepas.Fuhh!! persis seorang lecturer..memang ada gaya ahh..

Pagi Sayyidul Ayyam yang hening~

Aku dikejarkan ke wad kecemasan PPUM, ditolak dengan wheelcha (wheelchair) oleh cik Najah Solihah.1st time aku ditolak dengan wheelchair manakala sahabatku yang sorang ni 1st time dia yang menolak wheelchair (biasanya dia yang akn ditolak).ketika itu, Cik Najwa Hamali plak sibuk mengupdate status facebooknya-buat pengumuman kemasukan aku ke PPUM.Habis tu?? apalagi.. kecoh la depa ni duk berdiskusi tentang diriku lebih2 lagi 2 orang roomateku cik Qilah n cik Tirah Ariffin.Makan lada la,salah makan nanas la.. whatever la...janji ALLAH bagi nikmat sihat yang Dia uji buat seketika untuk menyedarkan aku supaya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat-Nya.

Macam2 peristiwa berlaku sepanjang aku dirawat disitu.Yang paling lucu,aku di'check' oleh pakar sakit puan,padahal sakitku langsung tak berkaitan dengan lapangan kerja doktor tersebut. Entah apa2 je...

Aku 'check in' pada pukul 9 am dalam sakit yang tak tertahan.Terasa seakan-akan nyawaku sedang dipisahkan dari jasad.Ya ALLAH sakitnya hadapi sakaratul maut(makhluk-Mu yang sering dibenci dan dilupa oleh manusia akan kedatangannya).Aku diinject dengan ubat tidur untuk mengurangkan kesakitan sementara menunggu ketibaan doktor pakar.Jadi sleeping beauty selama 7 jam (ntahlah apa yang berlaku sepanjang 'kematian' kecilku ini ).
Jam 3.30 pm~terbangkitnya aku dari kematian setelah terdengar seruan namaku dari corong mikrofon (Alhamdulillah, aku belum lagi mati). Ntah berapa kali mereka(nurse) meng'anounce' namaku untuk ke katil 10(asalnya,aku terlena dikatil 16), barangkali mereka tidak perasan bahawa aku sedang tidur dikatil 16.Nasib baik seorang abang nurse yang menyedari,kalo x kenalah tunggu appointment seterusnya dgn Doktor pakar sakit puan tersebut.Maklumlah, doktor pakar mestilah busy..kata Tuan Guru Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat

"Bukan senang nak jumpa orng yang sibuk ni.Tak semua perkara yang boleh kita adukan dan ceritakan  kepada mereka(apabila bertemu mereka).Nak jumpa mereka kena ada masa2 tertentu.Tapi tidak dengan ALLAH, kita boleh adukan dan cerita masalah kita pada Allah bila2 masa je,x perlu buat appointment."

...kesian, kna check aku yang xde kena mengena dgn kejenya.Walaobagaimanapun Jazakumullah buat staf2 dan krew2 yg terlibat.Syukran kathir buat sahabat2 yang concern dengan penuh kasih sayang. Jazakumullah khairan kathira..