Tuesday, February 8, 2011

Terima Kasih Allah...Terima Kasih guruku..

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menyedut udara segar milikMu Ya ALLAH..

MasyaALLAH..sejak akhir2 ni,aku ni selalu teringat kat Ustaz Khaidzir, guru yang mengajar PAI masa aku form 5 kt MRSM Kuala KRAI 3 thun lepas...aku memang suka dengar ustaz Khaidzir 'ngepek' kt surau masa tazkirah subuh tiap2 hari...perkataan yang aku takkan pernah lupa; REPUT..


(gambar ustaz Khaidzir yang diciplak dari facebook)


terima kasih ya ustaz kerana mendidikku mencintai agama..mencintai para ulama'; pewaris anbia'...mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam..

kekasihku, Habib Umar al-hafidz (keturunan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam)

guruku ini sangat mencintai Rasulullah dan para sahabat..aku masih ingat masa dalam kelas 5B dulu, bila ustaz ckp pasal ibu dan penjaga ustaz dan juga Rasulullah, matanya akn bergenang ..membuatkan aku turut tersentuh (mentang2lah duduk depan skali..hehe),sejak itu aku berazam untuk bersikap lemah lembut dengan ibuku...Ya ALLAH. hebatnya tarbiyahMu untuk hamba yang penuh dengan kekurangan ini...

Terima kasih Ustaz atas segala teguran dan nasihatmu
Moga ia menjadi salah satu asetmu di akhirat nanti
YA ALLAH
Rahmatilah guruku ini dan ahli keluarganya
Terima Kasih Ya ALLAH kerana menjadikannya salah satu wasilah dalam mentarbiyah diriku.

Sunday, February 6, 2011

Bumi putrajaya,kembali ku jejaki...


Bumi putrajaya,kembali ku jejaki  setelah 5 bulan ku tinggalkan kisah duka….
MasyaALLAH,hebatnya percaturanMu ya ALLAh…5 bulan dahulu hospital putrajaya jadi saksi kekentalan semangat kami mengiringi kepulangan ALLAHYARHAMAH kak Atim ke pangkuan ILAHI, kakakku yang berjasa pada Agama, terima kasih atas segalanya, setiap bibit pertemuan kita takkan ku lupa. Kau pemberi semangat kepadaku dikala aku terasa diri ini tak layak berada di saf hadapan para pejuang .ku tahu aku memang lemah…tak tertahan air mataku bila mengenangkanmu…bukan kerana kesedihan atas pemergian, tapi air mata kegembiraan kerana kau terlebih dahulu mencapai matlamat  hidupmu iaitu perjumpaan dengan RABBUL ‘ALAMIN…moga kau bahagia disana bersama para solihin…kakakku, akan terus setia di atas jalan ini ,tetap thabat menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

 YA ALLAH, pandanglah setiap amalan kebajikan  yang dilakukannya sewaktu hidup…padamkanlah setiap dosa dan kesalahannya dengan keikhlasannya memperjaungkan kalimatMU biarpun keikhalasan itu hanya sebesar zarah…terima kasih YA ALLAH, KAU jadikan insan ini wasilah untuk mentarbiyah diriku yang lemah ini..

Kini, di bumi ini (Putarajaya International Convention Centre, PICC- konvek HPA) juga ku menyaksikan betapa luasnya nikmat dan kasih sayangMu YA ALLAH buat hambaMu… Ya, nikmat yang sering manusia dustakan, tak pernah merasa puas dengan apa yang diberi… Namun, ku lihat insan2 ini begitu berbeda….kecacatan fizikal bukan halangan untuk Berjaya, tapi  kecacatan iman, tawakkal dan semangatlah yang menggagalkan manusia…begitu tersentuh hatiku melihat insan2 ini…teringat kepada Syeikh Ahmad Yassin, pengasas gerakan HAMAS di Palestin, tak pernah berundur meskipun beliau hanya berkerusi roda..bahkan kerusi roda itulah amat ditakuti oleh qarin dan syaitan orang israel dan yahudi laknatullah.
YA ALLAH,berikan aku semangat seperti kekasihmu itu……SUBHANALLAH,Kau mematikan seorang pejuang, namun Kau menggantikannya lebih dari 50 pejuang…Kau mengambil Hassan al-Banna ke pangkuanMu, tapi Kau tak memadamkan namanya dari sebutan dan ingatan kami malah KAU menggantikannya lebih ramai al-Banna..itulah hebatnya bila kita hidup untuk Fikrah…kata Syed Qutb: “jika hidup kerana diri sendiri, hidup kita hanyalah pendek, bermula dengan lahirnya kita kedunia dan berakhir dengan berakhrnya  umur kita yang terbatas….tapi, bila hidup untuk Fikrah, hidup kita adalah panjang, bermula dengan bermulanya manusia di atas muka bumi ini dan berakhir dengan berakhirnya  manusia di muka bumi ini..” wallahua’lam


Wednesday, February 2, 2011

7 Variasi Manusia Dalam Menuntut ILmu

  • Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar. Ini adalah golongan yang mabuk ilmu.
  • Orang yang mencari ilmu kerana bercita hendak dapat jawatan tinggi saperti mufti dan bergaji besar. Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta. Ini lah golongan yang menggunakan ilmu untuk meraih kekayaan.
  • Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin. Seorang yang jadi pemimpin mesti berilmu. Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.
  • Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour. Agar orang kata dia intelek. Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak dapat nama.
  • Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan. Agar dia tidak di pandang hina. Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina.
  • Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara. Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina. Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme.
  • Adapun orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah. Juga dengan tujuan agar dapat amal ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya, pembangunan insan dan lain lain. Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum hukum Tuhan. Ini lah dia golongan ilmuan yang bertaqwa
so...fikir2kanlah, golongan manakah anda....???